loading...

Sunday, November 20, 2011

Dua Beradik Maut Perjalanan Ke Majlis Perkahwinan

Inalillahi wainailaihi rojiun 

Tarikh : November 20, 2011

TELUK INTAN - Tiga terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di sini dan Kerian malam tadi dan awal pagi ini.
   
Dalam kejadian di sini, dua beradik yang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler dan bas di persimpangan empat Jalan Padang Tembak malam tadi.
   
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 8.10 malam tadi pemandu kereta Abdullah Hanifah, 34, dan kakaknya Samiah Ariffin, 57. kedua-duanya berasal dari Kampung Batu 8 Hujan Melintang.
   
Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk
bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.
   
Goh berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Abdullah dalam perjalanan ke majlis perkahwinan saudaranya di sini telah dirempuh sebuah lori yang mengekorinya ketika kereta mangsa berhenti di persimpangan empat untuk membelok ke kanan jalan.

Bagaimanapun kereta mangsa kemudian terbabas ke tengah jalan lalu dirempuh sebuah bas yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta jenis Proton
Wira itu terperosok ke bawah bahagian depan bas berkenaan, katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit, meninggal dunia di tempat kejadian telah dikeluarkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk
dihantar ke hospital.
   
Kedua-dua jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Hutan Melintang di sini hari ini selepas solat Zohor.
   
Pemandu lori dan pemandu bas bersama 37 penumpang dari Melaka yang membawa rombongan ke satu majlis perkahwinan di sini tidak mengalami kecederaan,
katanya.
   
Bagaimanapun, pemandu treler telah melarikan diri tanpa membuat sebarang laporan di balai polis di sini dan polis sedang mengesan lelaki berkenaan untuk siasatan.
   
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dan meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6299222 atau Insp. Mohd Azli Abdul Wahab di talian 019-3765513 untuk membantu siasatan.
   
Sementara itu dalam kejadian lain seorang pemandu lori terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Km 201 Lebuhraya
Utara-Selatan dekat Kerian, awal pagi ini.
   
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa Ng Tong Sooi, 52, berasal dari Bukit Mertajam yang mengalami cedera parah di kepala meninggal
dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
   
Katanya kejadian berlaku pada pukul 2 pagi tadi ketika lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari utara ke selatan dikatakan terbabas ke kanan jalan
lalu digesel sebuah bas yang juga dari arah yang sama menyebabkan lori berkenaan terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan.
   
Mangsa yang tercampak di tepi jalan kemudian dihempap lori yang membawa muatan dedak ayam dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudian dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, katanya. - Bernama

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my