loading...

Saturday, November 26, 2011

Penunggang Motosikal Maut Digilis Treler



November 26, 2011
KUALA KANGSAR – Seorang penunggang motosikal maut digilis treler dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 4, Jalan Manong menuju ke Kuala Kangsar, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, mangsa yang berusia 52 tahun dikatakan menunggang motosikal seorang dari arah Kuala Kangsar menuju ke Manong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata, mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, motosikal ditunggang mangsa dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah treler yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana treler membawa muatan simen masuk ke haluan sebelah dan mangsa tidak dapat mengelak lalu dirempuh.

“pemandu treler dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Stesen di sini, di hantar ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk bedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

“Selepas kejadian, pemandu lori membuat laporan polis dan ditahan untuk siasatan lanjut kerana dipercayai cuai sehingga mendatangkan kematian.

“Bagaimanapun, punca sebenar kejadian kemalangan tersebut masih dalam siasa­tan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my