loading...

Friday, December 2, 2011

Pemandu Myvi Maut Terbabas


Inalillahi wainailaihi rojiun
BENTONG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 17.3 Jalan Bentong-Raub dekat sini dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa dikenali sebagai, Azhar Mohd Noor, 40, beralamat di Taman Bukit Koman, Raub.

 Menurutnya, mangsa yang memandu seorang diri kereta jenis Myvi dalam perjalanan dari Raub menuju ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum masuk ke dalam longkang, seterusnya melanggar tebing tanah dan naik semula ke bahu jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki kiri serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Menurutnya, semasa kejadian berlaku keadaan jalan lurus, namun suasana gelap kerana tiada lampu.

 “Kejadian disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya

Al-Fatihah...

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my