loading...

Monday, November 28, 2011

10 Penumpang Bas Awam Nyaris Maut


November 28, 2011
TERAP - Seramai 10 penumpang bas awam nyaris maut apabila kenderaan itu terbabas ke tebing jalan kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, bas yang dinaiki mereka datang dari arah Butterworth menuju ke Selama dan berhenti di perhentian bas Kulim untuk mengambil serta menurunkan penumpang.

Menurutnya, apabila tiba di selekoh Terap Batu 10, pemandu bas terkejut apabila banyak kereta berhenti kerana kerja membaik pulih jalan sedang dijalankan. Bagi mengelak berlaku
kemalangan lebih serius, pemandu bas cuba mengelak deretan kereta di hadapannya dan terbabas ke bahu jalan.

“Ke semua penumpang yang berada dalam bas tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya.

Dia memuji sikap pemandu bas yang cuba sedaya upaya mengelak dari berlaku kemalangan.

"Mungkin dia tidak sempat membrek kerana deretan kereta berhenti di tengah jalan raya.

“Bagaimanapun kami bersyukur kerana semuanya selamat. Saya meminta kerjasama agensi yang ingin membuat kerja baik pulih jalan supaya meletakkan papan tanda lebih jauh supaya dapat memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain, ” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my