loading...

Thursday, June 28, 2012

Toyota Alphard rempuh lori



Inalillahi wainailaihi rojiun  

MUAR – Seorang wanita maut, manakala suami dan anak lelakinya cedera setelah kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah lori sarat dengan muatan runcit di Kilometer 139.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Sabariah Senin, 47, bersama suaminya, Zainuddin Bujang, 49, dan anak lelaki mereka, Zaireen Haziq Darwisy, 13, dikatakan dalam perjalanan pulang dari bercuti di Singapura sebelum kenderaan Toyota Alphard yang dipandu Zainuddin hilang kawalan.

Disebabkan itu, kereta tersebut melanggar pembahagi jalan sebelah kanan lalu terbabas, berpusing sehingga memasuki laluan lori di sebelah kiri dan kemudiannya merempuh lori berkenaan sebelum terbalik.

Sabariah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala manakala anak lelaki mereka cedera parah dan patah kaki serta bahu kiri.

Zainuddin pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan, Gan Chin San, 66, bersama kelindannya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mereka masih trauma dengan kejadian itu.

Chin San berkata, dia bersama kelindan dalam perjalanan untuk menghantar barang- barang tersebut ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, semasa tiba di tempat kejadian dia nampak melalui cermin belakang kereta itu berpusing beberapa kali disusuli bunyi brek kecemasan.

“Saya berhentikan lori di tepi lebuh raya kerana bimbang apabila melihat kereta berkenaan dalam keadaan yang sangat berbahaya.

“Namun kereta itu menghala ke arah kami dan merempuh lori sebelum terbalik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kami meminta saksi kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/toyota-alphard-rempuh-lori-1.61699

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my