loading...

Thursday, June 7, 2012

Maut Dirempuh Myvi


 Inalillahi wainailaihi rojiun  

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila motor yang ditungganginya dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian jam 8.15 malam kelmarin. Mangsa, Abdullah Abdul Wahab, 28, dilaporkan menunggang motosikal melalui simpang masuk ke Taman Harmoni 2, sebelum dilanggar kenderaan jenis Myvi yang datang dari arah Gelang Patah ke Skudai.

Menurut saksi di tempat kejadian, kedudukan persimpangan tersebut yang agak tersorok dari jalan utama,   menyebabkan kenderaan dari Gelang Patah ke Skudai tidak dapat melihat kenderaan yang keluar dari persimpangan taman tersebut.

Kata saksi itu lagi, kejadian berlaku amat pantas apabila kereta Myvi tersebut yang dipandu seorang lelaki tidak berhenti sebaliknya meluru masuk ke simpang taman terbabit. Abdullah yang menetap di Taman Universiti, di sini, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/lelaki-maut-dirempuh-myvi-1.54455

1 comment:

  1. saya bakal adik ipar kepada arwah yang meninggal.
    saya mohon jasa baik tuan tolong remove entry berkaitan dengan arwah ini. tidak baik jika orang membaca kerana aib bagi dia. saya berharap tuan yang budiman memberikan kerjasama. terima kasih saya ucapkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my