loading...

Sunday, June 16, 2013

Berpusing 10 meter



16 Jun 2013
Nilai: Dua beranak nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka melambung sebelum berpusing hampir 10 meter lalu memasuki longkang di kiri jalan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 287.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, pemandu kereta Perodua Myvi, Muhammad Nurfaizzuddin Hishamuddin, 20, yang membawa ibunya, Faridah Abd Rahman, 53, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Nilai.


Seorang lagi mangsa, Low Chiang Yow, 71, yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Isuzu D-Max tidak cedera.

Muhammad Nurfaizzuddin berkata, dia dan ibunya dari rumah mereka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dalam perjalanan balik kampung di Muar, Johor.


“Saya tak pasti macam mana kejadian berlaku. Ketika memandu di lorong paling kanan, saya dirasa kereta dihentam dengan kuat dan selepas itu tidak ingat apa-apa,” katanya.


Dia yang bekerja sebagai juruteknik tidak dapat mengulas lanjut kerana masih trauma dengan kemalangan itu, begitu juga Faridah yang kelihatan masih ketakutan ketika bersandar di tiang papan tanda sambil menunggu ketibaan ambulans.

Sementara itu, Low yang bekerja sebagai penyelia di syarikat pembinaan berkata, dia dari rumahnya di Taman Puchong Utama, Selangor, mahu ke Nilai untuk menyelia pekerjanya di sebuah kilang yang dalam pembinaan.


“Saya memandu ke arah Hentian Sebelah Nilai sebab mahu minum pagi sebelum ke tempat kerja. Tiba-tiba saya rasa kenderaan dilanggar sebelum nampak sebuah kereta melambung dan berpusing di depan saya. Ketika itu memang saya sangat takut,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/arkib/melambung-berpusing-100m-1.171913



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my