loading...
Sunday, June 16, 2013
Malang bertimpa
Inalillahi wainailaihi rojiun
16 Jun 2013
LEDANG - Seorang wanita melalui malang berganda apabila terlibat dua kali kemalangan dalam jangka masa 15 minit.
Pada kejadian pertama, wanita berusia 27 tahun itu terlibat kemalangan dengan sebuah kereta yang merempuh motosikalnya di Parit Raja, Grisek, kelmarin.
Difahamkan, kemalangan yang berlaku itu turut mengakibatkan ibu wanita berkenaan yang meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemudian, mangsa terbabit pula dalam kemalangan melibatkan ambulans yang membawanya menuju ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar selepas patah kaki akibat kemalangan bersama ibunya itu.
Kejadian berlaku di Parit Turun, Bukit Gambir kira-kira jam 7.30 malam, membabitkan ambulans berkenaan dengan sebuah jengkaut.
Setibanya di lokasi kejadian, jentera berkenaan yang datang dari arah Muar menghala Bukit Gambir dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan lalu merempuh ambulans itu.
Pemandu ambulans, Azlan Ab Rahman, 32, berkata, dia terkejut apabila melihat jengkaut yang dipandu lelaki lingkungan 30an memasuki laluannya.
“Saya sempat mengelak, tapi jentera itu merempuh bahagian kiri ambulans sebelum terbabas melanggar tiang telefon di tepi jalan.
“Mujur pembantu perubatan duduk di belakang bersama pesakit yang patah kaki kiri,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kemungkinan pemandu jentera itu diserang darah tinggi sehingga tidak dapat mengawal pemanduan.
Jelasnya, sebaik pelanggaran berlaku, pemandu terbabit pitam dan kemudian dia bersama mangsa dihantar ke HPSF oleh ambulans lain dari Tangkak.
“Mujur pembantu perubatan duduk di bahagian belakang bersama pesakit dan bersyukur tiada sebarang perkara tidak diingini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Harun Idris, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/mangsa-malang-dua-kali-1.171819
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment