loading...
Wednesday, February 6, 2013
Wanita maut kemalangan Avanza dan Mercedes
Inalillahi wainailaihi rojiun
6 Februari 2013
BENTA - Seorang wanita maut setelah terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta kira-kira jam 9.30 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika kejadian, mangsa, Hajrah Mustafa, 24, dalam perjalanan dari Padang Tengku ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Toyota Avanza yang dipandu suaminya Muhammad Syahid Roslan, 24.
Menurutnya, kenderaan yang dipandu Muhammad Syahid dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan memasuki laluan bertentangan.
“Dalam masa sama, sebuah kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki, Md Rafiqul Islam, 44, datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kelantan tidak sempat mengelak kenderaan yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, Muhammad Syahid dan Hajrah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk menerima rawatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Menurutnya, Md Rafiqul yang cedera di bahagian kaki dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk menerima rawatan.
“Namun, setelah hampir seharian bertarung nyawa di Hoshas, Hajrah disahkan meninggal dunia pagi semalam akibat kecederaan di kepala serta beberapa bahagian badan lain,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Johnny James Bujang di talian 09-3122222 bagi membantu siasatan.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/kereta-dipandu-suami-terbabas-1.128792
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment