loading...

Monday, February 4, 2013

Guru nyaris ke dalam gaung



5 Februari 2013
BUKIT BESI – Seorang guru berdepan detik cemas apabila kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tebing lalu terhumban ke dalam gaung.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 97.9 Lebuhraya Pantai Timur Dungun-Ajil itu dipercayai berlaku ketika Che Rafidah Mat Jani, 27, dalam perjalanan pulang ke Machang Kelantan selepas menghantar suaminya di Kerteh.

Che Rafidah berkata, ketika kejadian keadaan permukaan jalan licin berikutan hujan renyai.

Katanya, secara tiba-tiba kenderaan Myvi yang dipandunya seolah-olah dilanggar pusaran angin kuat menyebabkan dia menekan brek sebelum hilang kawalan.

"Kereta saya berpusing beberapa kali sebelum melanggar tebing.

“Saya tak dapat berbuat apa-apa sebelum diselamatkan pengguna jalan raya selepas kereta terjunam ke dalam gaung,” kata Che Rafidah yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu.

Menurutnya, dia bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan yang nyaris meragut nyawanya itu.

Che Rafidah yang hanya cedera ringan kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Hulu Terengganu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dungun berkaitan kejadian berkenaan.

Polis masih menjalankan siasatan berkaitan kemalangan terbabit.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kereta-terhumban-masuk-gaung-1.128428


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my