loading...

Monday, January 21, 2013

Pengerusi JKKKP maut nahas

Inalillahi wainailaihi rojiun

21 Januari 2013
GEDANGSA - "Saya temui mangsa dalam semak dekat pintu gerbang, sedang menahan sakit, sebelum di bawa ke hospital," kata Harizan Harun, anak saudara Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kampung Gedangsa, Allahyarham Tajaludin Jusin yang meninggal dunia petang kelmarin.

Harisan yang juga Pengerusi JKKKP Sungai Nilam berkata, arwah, 69 tahun, menunggang motosikal bersendirian dipercayai terbabas sendiri ketika menghampiri pintu gerba Felda Gedangsa, kira-kira 100 meter dari rumahnya.

"Arwah kemalangan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri taklimat di Pejabat Adun Hulu Bernam.

"Saya sendiri terkejut apabila menerima panggilan telefon mengenai pemergiannya akibat kecederaan dalaman," katanya.

Menceritakan detik kejadian, menurut Harizan, dia tidak menyangka motosikal yang ditemui tersadai kepunyaan bapa saudaranya.

“Saya dan isteri kebetulan melalui kawasan tersebut dan melihat sebuah motosikal di atas jalan.

“Apabila dihampiri, kami nampak mangsa terbaring dibaluti baju hujan dan agak terkejut kerana bapa saudara kami sendiri yang kemalangan,” katanya.

Allahyarham adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Selangor, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seberang.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin dan dikebumikan pagi semalam, di Tanah Perkuburan Islam Felda Gedangsa.

Hadir mengetuai bacaan tahlil arwah malam kelmarin, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom dan hadir sama, Adun Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar bersama isteri, Datin Norlia Nadzir dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar.

Turut memberi penghormatan terakhir, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Ketua Pemuda Umno Bahagian, Mahmud Karim.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pengerusi-jkkkp-maut-motosikal-terbabas-1.123485


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my