loading...

Wednesday, January 23, 2013

Pemandu mengantuk penunggang maut

pengunggang maut dirempuh pemandu yang mengantuk

Inalillahi wainailaihi rojiun

24 Januari 2013 
BALING - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 49 Jalan Kulim-Baling, kira-kira jam 8 pagi, di sini, semalam.

Mangsa, Kaharudin Muhammed, 39, dari Taman Kenari, Kulim, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa dalam perjalanan dari arah Kulim ke Baling sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit dipercayai mengantuk apabila memasuki lorong bertentangan sehingga merempuh motosikal mangsa.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa melambung dan terseret beberapa meter sebelum terhumban ke dalam parit bersebelahan jalan itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Mangsa mempunyai empat anak serta bekerja di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Semasa kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Rambong Batu 7 atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Sementara itu, pemandu kereta terbabit turut ditahan untuk saringan air kencing.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/maut-angkara-pemandu-mengantuk-1.124598


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my