loading...

Wednesday, January 23, 2013

Lori surat khabar rempuh lori 3tan



23 Januari 2013
ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori muatan surat khabar cedera ringan selepas kenderaannya merempuh belakang sebuah lori tiga tan di Kilometer 218.5 Lebuhraya Plus arah selatan, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Azman Kambari, 34, dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka dan Muar serta Tangkak untuk menghantar surat khabar.

Azman berkata, ketika kejadian, dia memandu di lorong kiri dan di hadapannya terdapat sebuah lori tiga tan sebelum bertindak menukar laluan di lorong tengah.

Menurutnya, namun tidak disangka, ketika dia menukar laluan, lori tiga tan itu juga berbuat demikian.

"Saya tidak sempat mengelak dan merempuh belakang lori berkenaan sebelum hilang kawalan dan terhenti di lorong kanan.

"Saya terkandas di dalam lori selama 10 minit dengan keadaan kaki kiri tersepit sebelum menerima bantuan kakitangan Plus," katanya.

Katanya, ini adalah kejadian pertama dialaminya sejak bekerja sebagai pemandu lori kira-kira enam tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Skuad Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah, Saiful Nazmi Said berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang cedera ringan di kaki sebelah kiri diberi rawatan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pemandu-lori-cedera-1.124325




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my