loading...
Wednesday, January 23, 2013
Pemandu terbabas penunggang jadi mangsa
Inalillahi wainailaihi rojiun
23 Januari 2013
SABAK BERNAM - Seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta jenis Proton Iswara maut dalam nahas di Jalan Besar Tebuk Jawa kira-kira jam 10.20 malam kelmarin.
Mangsa, Mohd Sopari Mohamed Khusni, 37, maut setelah motosikal yang ditunggangnya dirempuh Proton Iswara dipandu Tan Jia Yi, 22.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, pemandu Proton Iswara yang datang dari arah Sungai Besar cuba memintas kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan dan merempuh Mohd Sopari.
Menurutnya, Mohd Sopari tercampak ke bahu kiri jalan dan mengalami cedera parah di kepala selepas dirempuh kereta terbabit.
“Mohd Sopari maut di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini untuk bedah siasat," katanya.
Menurut beliau, Jia Yi cedera parah di kepala dan turut menerima rawatan di HTAJ.
Bagaimanapun, jelasnya, mangsa terpaksa dipindahkan ke Hospital Teluk Intan, Perak sebelum disahkan maut jam 2.40 pagi semalam.
Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu polis menjalankan siasatan berhubung kejadian ini.
Al-Fatihah
Sumber:
Sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dua-maut-dalam-nahas-1.124383
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment