loading...

Monday, January 21, 2013

Warga emas nyaris dihempap timbunan kayu

21 Januari 2013
Jempol Dua: Dua warga emas nyaris maut apabila kereta Proton Iswara dinaiki dihempap timbunan kayu getah yang jatuh dari lori di Kilometer 3, Jalan Bahau-Kemayan berhampiran Taman Megah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 60-an itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Raja Alias Dua dan Empat selepas minum bersama di pekan Bahau, di sini.


Pemandu kereta Proton Iswara itu, Samad Elias, 60-an, berkata, setibanya di selekoh tajam dia nampak lori membawa kayu getah dari laluan bertentangan.

“Setiba di selekoh itu, saya nampak lori yang dipenuhi kayu getah dan dipercayai terlebih muatan itu dalam keadaan tidak stabil.


“Sebaik berselisih, timbunan kayu getah dari lori itu jatuh menimpa kereta kami.


“Kejadian berlaku dengan cepat dan saya tidak sempat mengelak,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana dia dan rakannya terselamat dan hanya cedera ringan. Pemandu lori terbabit terus melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautkayugetahhempapkereta//Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my