loading...

Friday, January 25, 2013

Pacuan empat roda rempuh kedai makan


25 Januari 2013
JERTIH - Empat individu termasuk pemilik kedai nyaris maut apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh sebuah kedai makan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian ketika hujan, jam 6 petang itu, kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 20-an hilang kawalan, dipercayai akibat permukaan jalan licin.

Kenderaan berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua meja depan kedai dan berhenti di bahagian dalam kedai tersebut.

Pemilik kedai, Zaim Mohd Hanta, 26, berkata, ketika kejadian, dia yang sedang menebar roti canai, bersama pembantu kedai dan dua pelanggan sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, dia bersyukur ketika itu tiada pelanggan minum di meja depan kedai kerana hujan, malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.

"Saya nampak kenderaan tersebut berpusing, kemudian bahagian belakang kenderaan merempuh tiang elektrik berhampiran menyebabkan tiang itu patah, sebelum berpusing menuju ke arah kedai.

“Kenderaan itu kemudian merempuh dua meja simen, namun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/kereta-rempuh-kedai-makan-1.125002


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my