loading...

Tuesday, October 16, 2012

Lans Koperal cedera dirempuh Camry dan Estima

16 Oktober 2012
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera apabila dua kereta merempuh sekatan jalan raya polis di Lebuhraya Grand Saga Batu 10, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata akibat rempuhan pada 4.30 pagi itu, Lans Koperal Rozaili Hamid, 28, cedera di kepala, dahi, bahu dan rusuk kirinya serta beliau dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata sebelum rempuhan itu seorang lelaki telah mencuri kereta jenis Toyota Estima milik seorang wanita dari sebuah rumah di Sungai Long Kajang manakala rakannya memandu Toyota Camry mengikuti dari belakang.

Katanya apabila tiba di sekatan jalan berkenaan, lelaki yang memandu Toyota Camry telah memecut kenderaan itu lalu merempuh sekatan polis manakala kereta Toyota Estima itu pula merempuh Rozaili.


Ab Rashid berkata kedua-dua kereta berkenaan bagaimanapun berjaya dikesan dalam setengah jam kemudian.


"Toyota Estima ditemui di tempat letak kereta lot awam rumah kedai Jalan 2 Taman Orkid manakala Toyota Camry di tempat letak kereta di Jalan 6 Taman Orkid," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun kesemua penjenayah terbabit menghilangkan diri dan pihak polis kini sedang menjejaki mereka. - Bernama

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Lanskoperalcederaapabiladuakeretarempuhsekatanpolis/Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my