loading...

Wednesday, October 17, 2012

Calon PMR SMK Pulau Serai Maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

17 Oktober 2012
KUALA TERENGGANU - Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori mengangkut tanah di Kampung Rajawali, Dungun hari ini.

“Dia minta saya hadiahkan sebuah telefon Samsung Galaxy sekiranya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang baru selesai diambilnya,” kata Mohamad Ridzuan Radzlan, 19, abang Mohamad Zaidi, 15, yang maut dalam kemalangan di Kampung Rajawali,
  
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata ketika kejadian pada 4.20 petang tadi, mangsa Mohamed Zaidi Radzlan, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai, di sini membawa rakannya, Nor Nasihah Mohd Alfian, 15, untuk pergi ke kafe siber.
  
"Ketika di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh belakang lori tanah itu dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
  
"Manakala rakan wanitanya, cedera di kepala dan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di hospital Dungun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Mayat mangsa yang berasal dari Perumahan Kos Rendah, Balik Bukit, Seberang Pintasan, dekat sini dihantar ke Hopsital Dungun untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa, Rogayah Toh Jusoh, 47, berkata beliau difahamkan anaknya mahu ke kafe siber namun tidak mengetahui anaknya membawa rakan wanita.
  
"Mak cik tak tahu dia keluar pukul berapa dan dengan siapa. Mak cik redha dengan pemergiannya," katanya.
  
Dalam kejadian berasingan, Dahlan berkata seorang penganggur maut setelah motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori seberat 1 tan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Paka, di sini 4.20 petang tadi.
  
Mangsa, Che Muhd Kamaruddin Kamaruzaman, 23, dipercayai berseorangan dalam perjalanan ke Hospital Dungun bagi menerima rawatan penyakit usus.
  
"Selepas bergesel, mangsa cedera di kepala setelah jatuh di tengah jalan. Namun setelah sejam terima rawatan, beliau meninggal dunia di hospital itu," katanya. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/dua-penunggang-motosikal-maut-dalam-kejadian-berasingan-di-dungun-1.95276



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my