loading...

Sunday, October 14, 2012

Dua beranak nyaris maut

15 Oktober 2012

KUALA TERENGGANU- Dua beranak nyaris maut apabila lori treler sarat dengan muatan kayu getah yang dipandu si bapa terbabas sebelum terbalik dalam satu kejadian di Kampung Pakoh Jaya, di sini, awal pagi, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, lori treler yang dipandu Jaafar Omar, 52, manakala anaknya, Muhammad Zulrami Jaafar, 21, selaku kelindan, sedang membawa kira-kira 25 tan berat muatan dipercayai dalam perjalanan dari

Kota Bharu, Kelantan menuju ke sebuah kilang papan di Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan kerana mengelak sebuah kenderaan di laluan bertentangan selepas melalui selekoh yang agak tajam sebelum terbabas dan terbalik.

Kedua-dua beranak itu terpaksa merangkak keluar dari lori treler berkenaan.

Susulan kejadian, bapa kepada enam anak itu mengalami luka di bahagian kepala dan lebam di badan, manakala anaknya yang sedang lena ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima maklumat awal berhubung kejadian berkenaan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/dua-beranak-nyaris-maut-treler-terbalik-1.94686


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my