loading...

Sunday, February 24, 2013

Pelancong warga Jepun maut



24 Februari 2013
ALOR GAJAH - Seorang pelancong warga Jepun terbunuh selepas van pelancong yang mereka naiki bersama 10 pelancong lain terbabit kemalangan di Kilometer 220.8 Lebuhraya Utara - Selatan (Plus), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu turut menyebabkan pemandu van itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah.

Mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Koichiro Tsuchiya, 71, yang duduk di belakang pemandu, dikatakan mengalami kecederaan parah di tangan kanan serta anggota badan.

Menurut sumber, van pelancong dipandu seorang lelaki berusia lewat 30-an itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian, sebelum merempuh pengadang tengah lebuh raya dan terseret sejauh kira-kira 25 meter.

“Pemandu van berkenaan dipercayai gagal mengawal vannya kerana mengalami masalah teknikal lalu kenderaan dipandu melencong ke kanan dan merempuh pengadang tengah lebuhraya.

"Ketika kejadian, terdapat 10 pelancong warga Jepun berusia antara 30 dan sekitar 70-an dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat beberapa tempat menarik di sekitar negeri ini," katanya.

Menurutnya, pemandu van berkenaan yang identitinya masih belum dikenalpasti, cedera parah di badan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelancong-jepun-maut-1.134105



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my