loading...

Sunday, February 24, 2013

Makan malam terakhir



Inalillahi wainailaihi rojiun

24 Februari 2013
Melaka: Seorang pelajar tingkatan lima yang terbunuh selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Rambai, Tanjung Minyak, di sini, malam kelmarin, sempat menikmati makan malam terakhir bersama keluarganya.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, Aminur Asyraff Nor Shaharani, 17, yang menunggang motosikal Yamaha RXZ maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga BLM.


Bapa mangsa, Nor Shaharani Yaakub, 47, berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh rakan anaknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pada malam kejadian, anak keduanya sempat makan malam bersama keluarga sebelum meminta izin untuk keluar ke rumah seorang rakan di Bukit Rambai.


“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memang biasa dia keluar ke rumah rakan hinggalah seorang kenalan menghubungi saya memaklumkan dia terbabit kemalangan.


“Saya berasa tidak sedap hati kerana pada mulanya rakan yang menghubungi menyuruh kami sekeluarga terus ke hospital namun kemudian menyarankan saya terus ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.

Nor Shaharani berkata, dia turut dimaklumkan, anaknya sempat bersalaman sambil berpelukan dengan beberapa rakan sekolah sebelum kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai kemalangan itu bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati Proton Saga BLM dipandu seorang wanita berusia 25 tahun dari arah Bukit Rambai membelok ke arah Taman Rambai Jaya dan bertembung dengan motosikal RXZ ditunggang mangsa.


“Penunggang motosikal itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang melihat kemalangan tampil membantu siasatan.


Jenazah mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Pinang.


Sikap ganjil petanda ajal

BUKIT RAMBAI - Seorang bapa tidak menyangka sikap ganjil anak yang sempat bersalaman sambil berpelukan dengan beberapa rakan sekolah sebelum keluar menuju ke rumah seorang kawan sebagai petanda ajalnya sudah tiba.

Nor Shaharani Yaakub, 47, berkata, ketika kejadian itu dia sedang berada di rumahnya di kuarters kakitangan penjara di Sungai Udang.

Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan oleh rakan-rakan, beberapa jam sebelum anaknya, Aminur Asyraff, 17, terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga maut di tempat kejadian di Jalan Bukit Rambai-Tanjung Minyak di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, pada malam kejadian, anaknya sempat menikmati makan malam bersama keluarga sebelum meminta izin untuk keluar sebentar ke rumah seorang rakan di Bukit Rambai.

“Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa sebab memang biasa dia keluar ke rumah rakan. Sehinggalah seorang kenalan menghubungi saya memaklumkan anak kedua saya itu terlibat dalam kemalangan.

“Saya berasa tidak sedap hati kerana pada mulanya rakan yang menghubungi saya menyuruh kami sekeluarga terus ke hospital namun kemudiannya menyarankan saya terus ke lokasi kejadian kerana ambulans enggan mengangkat anak saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kejadian itu berlaku jam 11.30 malam.

“Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 25 tahun dari arah Bukit Rambai telah membelok ke arah Taman Rambai Jaya dan telah bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa.

“Mangsa yang mendapat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Polis juga meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut supaya dapat menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Zaki Zainal di talian 019-6666063 bagi membantu siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Makanmalamterakhir/MA/Article
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/sikap-ganjil-petanda-ajal-1.134092


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my