loading...
Wednesday, February 27, 2013
Hangus dua kereta bertembung
27 Februari 2013
SEREMBAN – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Wira dinaikinya terbakar selepas bertembung dengan sebuah Perodua MyVi di Jalan Mambau-Port Dickson di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa yang masih belum membuat laporan polis sehingga jam 5 petang semalam bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu berseorangan dipercayai dari arah Seremban ke Port Dickson.
“Sebaik sampai ke tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Kejadian itu mengakibatkan kereta mangsa bertembung dengan kereta Perodua MyVi menyebabkannya terbakar dan hangus keseluruhan,” katanya.
Menurutnya, mangsa bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan dan sempat dibawa keluar oleh orang ramai.
Jurucakap berkata, pemandu dan penumpang Perodua MyVi yang berusia 30-an juga selamat dan kesemua mereka dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrul Tamam Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.02 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebanyak sebuah jentera berserta tujuh pegawai dan anggota dikerah ke lokasi bagi memadam kebakaran.
“Ketika kami sampai api sedang marak dan mengambil masa kira-kira enam minit kemudian namun keseluruhan kereta Proton Wira itu hangus,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nyaris-maut-kereta-terbakar-1.134941
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment