24 Februari 2013
Pasir Gudang: Tiga terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 24, Lebuhraya Pasir Gudang di sini, jam 3 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pemandu, K Thanasegaran, 34, dan dua penumpang, F Veronica, 22, serta K Dinesh Kumar, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton terbabit gagal dikawal.
“Mayat Veronica yang beralamat di Kuala Lumpur tersepit di tempat duduk belakang Mitsubishi Triton terbabit, manakala Thanasegaran yang berasal dari ibu kota ditemui berhampiran kenderaan.
“Mayat Dinesh yang juga penumpang di sebelah pemandu pula ditemui di bahu jalan sebelah kiri, dipercayai tercampak keluar ketika kemalangan,” katanya.
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/2013022400022520130224000225/MA/Article
No comments:
Post a Comment