loading...
Thursday, January 10, 2013
Warga emas maut digilis lori
10 Januari 2013
PARIT BUNTAR -Hasrat seorang warga emas untuk berniaga tidak kesampaian apabila maut digilis sebuah lori selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sempadan, berhampiran persimpangan masuk ke Kampung Permatang Tok Mahat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang, mangsa, Lim Yaw Chai, 63, dari Jalan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal sedang mengayuh basikal roda tiganya sendirian dari Jalan Sempadan menghala ke Pekan Lama Parit Buntar.
Malangnya, setibanya di tempat kejadian dipercayai basikal roda tiga mangsa bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan menyebabkannya hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan sebelum digilis lori berkenaan.
Seorang saksi kejadian dikenali sebagai Saiful berkata, ketika kejadian dia sedang memandu di belakang lori membawa muatan besi itu sebelum melihat tayar belakang lori terbabit terangkat secara tiba-tiba dan terdengar seperti ianya merempuh sesuatu.
Menurutnya, dia terkejut sewaktu memotong lori berkenaan apabila melihat cermin sisi kelihatan seorang penunggang basikal sedang digilis sebelum terseret dan tergolek di jalan raya.
“Saya tidak sedar basikal roda tiga ini dari arah mana tetapi sejurus melepasi simpang empat di jalan pintasan itu, kejadian itu berlaku.
“Saya percaya lori ini bergesel terlebih dahulu dengan basikal roda tiga itu lalu tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada,”, katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kejadian itu turut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya selama hampir sejam susulan hanya satu laluan sahaja terpaksa dibuka bagi memberi laluan kepada polis membuat siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan,”katanya.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/warga-emas-maut-digilis-lori-1.119788
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kerajaan harus memikirkan cara cara kawalan terhadap pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori...contoh mengenakan tindakan atau hukuman yg lebih berat terhadap pemandu kenderaan berat yg buat salah...baru lah kepala diaorang tak besar bila bwk kenderaan besar! contoh lain diwajibkan terhadap loro atau treler pasang penghadang besi antara tayar depan dan belakang bagi mengelakkan kenderaan kecil terutamanya motorsikal dari terperosok bawah lori....patutnya orang orang berkenaan boleh pikir benda2 camni....
ReplyDelete