Inalillahi wainailaihi rojiun
7 Januari 2013
Petaling Jaya: Seorang anggota polis Balai Bukit Puchong, Subang Jaya, maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ketika melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran pusat beli-belah Empire Gallery, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Konstabel Khairul Naim Mohd Saudi, 25, yang menunggang motosikal Yamaha CRS 800 seorang diri menghala ke ibu negara meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dijalankan sebelum jenazah diserahkan kepada warisnya.
Al-Fatihah
Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Polismautmotorterbabas//Article/index_html
Sy tiap2 hari lalu sini balik dari kerja. Halo JKR, JPJ ke atau sesiapa yang berkaitan. Turun la buat pemantauan. Jalan di buat lorong sementara sebab pembinaan LRT. Buat sekadar melepas batuk di tangga.... Lorong kecil..berpasir.. Line putih tepi jln tu adlh sebahagian jalan motor dan licin terutamanya apabila basah atau hujan.
ReplyDelete