loading...

Saturday, October 5, 2013

Sarapan Terakhir Di Tanjung Malim



Inalillahi wainailaihi rojiun

6 Oktober 2013
BUKIT BERUNTUNG - Seorang pengarah pemasaran syarikat Sime Darby, Hamidon Khamis, 47, maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabas di Kilometer (km) 427.3, satu km sebelum susur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung arah Selatan jam 11.50 pagi semalam.


Menurut rakan mangsa, Saidi Hashim, 54, ketika kejadian mereka bersama tiga rakan lain dalam perjalanan balik ke rumah masing-masing setelah bersarapan di sebuah restoran hidangan pau di Tanjung Malim.

“Kami bergerak berkumpulan, lima motosikal superbike semuanya tapi Hamidon berada kedudukan dua di belakang dan belakang sekali bos saya.

“Saya dan dua superbike lagi jauh di depan. Bila tak nampak lampu rakan di belakang kami berhenti menunggu di depan. Lepas itu dapat panggilan rakan kata Hamidon kemalangan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Menurutnya, selepas menerima panggilan itu mereka membuat pusingan di Plaza Tol Rawang dan ketika melalui kawasan kemalangan dia melihat mangsa sudah berbalut dengan plastik hitam dan motosikal mangsa terbalik di lorong paling kanan lebuh raya arah Selatan.

Katanya, mangsa baru saja pulang ke Malaysia setelah bertugas selama dua tahun di Indonesia dan menyertai konvoi motosikal pada pagi semalam.

“Konvoi ini tidak dirancang cuma kami ajak dalam kumpulan what’s app sesiapa nak sarapan di Tanjung Malim boleh ikut sekali.

“Jadi kami berlima. Konvoi masa pergi memang tidak ada masalah. Hamidon pun nampak ceria sepanjang kami sarapan di kedai . Cuma dia ada cakap gayat sedikit bila lalu di selekoh,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku di selekoh akhir menuju susur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung.

Katanya, mereka tidak melihat bagaimana kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, katanya pegawai atasan mereka yang mengekori di belakang mangsa berkemungkinan melihat kejadian awal namun terpaksa pulang segera menghantar isterinya yang trauma.

Difahamkan, pegawai mereka akan datang semula menaiki kereta untuk urusan membawa pulang jenazah mangsa.




Menurut sumber, siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan geseran motosikal mangsa pada besi pembahagi lebuh raya kira-kira 50 meter daripada tempat motosikal terbalik.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sarapan-pagi-terakhir-1.208838
tv9.com.my/beritatv9/tajuk_utama/Menemui_Ajal_Selepas_Bersarapan_Di_Tanjung_Malim.html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount