loading...

Monday, September 30, 2013

Pelayan bar maut rempuh tembok



30 September 2013
PUCHONG - Tidak sampai lima minit bergerak meninggalkan tempat kerjanya, seorang pelayan bar maut apabila kereta dipandu merempuh konkrit pembahagi jalan di pusingan U Kilometer 23.2 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), awal pagi semalam.



Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa dikatakan memandu sendirian dari sebuah kelab hiburan di Setia Walk, Pusat Bandar Puchong menghala ke rumahnya.

Ketika membuat pusingan U, mangsa dipercayai tidak membelok kenderaannya menyebabkan berlaku rempuhan kuat antara kereta mangsa dengan tembok pembahagi jalan.

Akibatnya,  C Vishnu, 22, yang memandu kereta Proton Wira tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Sumber polis berkata, siasatan awal  mendapati  kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu hilang  kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, tiada kesan brek ditemui di jalan dua lorong jejambat pusingan U menuju ke arah Damansara itu.

“Kereta mangsa merempuh konkrit itu dengan kuat, dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan,” katanya.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Serdang. Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Sementara itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/maut-rempuh-tembok-1.207032
hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemandu_penunggangmautakibatpusinganU/Article/index_html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount