loading...

Sunday, September 29, 2013

Anak 2 tahun digils treler bapa



Inalillahi wainailaihi rojiun

29 September 2013
PONTIAN - Kejadian menyayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun terbunuh selepas dilanggar oleh sebuah treler yang dipandu bapanya sendiri di Taman Megah, di sini kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Mangsa, Muhamad Rifaei Aiman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian, beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Menurut bapa mangsa, Aznizam Mohd Jahis, 33, dia sempat melihat lambaian anaknya itu yang menghantarnya keluar bekerja.

“Sebelum kejadian, Muhamad Rifaei Aiman beria-ia sangat mahu ikut saya bekerja sehingga dia sanggup ekori saya ke tempat parkir. Dua kali saya hantar dia pulang ke rumah di tingkat aras bawah rumah flat .

“Selepas itu saya sangka dia sudah tidak ikut saya lagi. Tapi sebaliknya dia berada semula di ruang letak kenderaan tanpa disedari isteri dan anak-anak yang lain,” katanya.

Katanya, masih terngiang-ngiang di telinga rintihan Muhamad Rifaei Aiman yang menahan kesakitan dalam pangkuannya ketika dibawa ke hospital.

“Ketika dibawa ke hospital, dia masih lagi bernyawa dan saya sempat mendengar suaranya. Itu yang menyebabkan saya merasa sebak dan sayu sekali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, laporan polis dibuat oleh bapa mangsa pada kira-kira jam 1 pagi di Balai Polis Pontian.

“Selepas bergerak beberapa meter, bapa mangsa merasakan seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan lori treler dan terkejut mendapati anaknya rebah berdekatan tayar kanan lorinya.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/budak-maut-dilanggar-treler-dipandu-bapa-1.206548



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my