loading...

Monday, September 30, 2013

Penduduk mohon lampu isyarat



30 September 2013
TAMPIN - Rata-rata penduduk dan pengguna jalan raya memohon lampu isyarat dibina di persimpangan masuk Pasaraya Giant, dekat sini, bagi memudahkan kenderaan keluar masuk.

Penduduk mendakwa,  jalan tersebut yang juga laluan utama keluar masuk taman itu sesak, selain selalu berlaku kemalangan.

Mohammad Arifin Abdul Hamid, 45, dari Kampung Dusun berkata, susulan ketiadaan lampu isyarat, pengguna jalan raya agak sukar memberikan kerjasama memperlahankan kenderaan bagi membolehkan pengguna lain masuk ke persimpangan berkenaan.

“Keadaan ini memberi risiko besar buat penunggang motosikal seperti saya. Saya pernah nyaris dilanggar kenderaan yang dipandu laju yang tiba-tiba datang dari arah Seremban, ketika ingin masuk ke persimpangan berkenaan.

“Oleh itu, saya harap agar pihak bertanggungjawab dapat menimbang kewajaran menyediakan kemudahan lampu isyarat di persimpangan ini,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Ramli Idrus, 59, dari Kampung Sri Repah berkata, kemudahan lampu isyarat berkenaan akan melancarkan lagi aliran trafik.

“Jika hari persekolahan, terdapat dua sekolah berdekatan menyebabkan pengguna sukar keluar dari simpang untuk ke laluan bertentangan.

“Jadi memang wajar disediakan kemudahan lampu isyarat untuk keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya," katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penduduk-mohon-lampu-isyarat-1.206890



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount