loading...

Friday, October 4, 2013

Dua van bertembung



Inalillahi wainailaihi rojiun

4 Oktober 2013
DUNGUN - Seorang maut, dua parah dan sembilan lagi cedera apabila dua van bertembung dalam kemalangan di Kilometer 101, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Paka, awal pagi semalam.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu van Mohd Azlan Razali, 25, dari FELDA Kerteh 6, di sini, yang parah di kepala dan patah kaki kanan. Mangsa disahkan mati di tempat kejadian.

Pemandu sebuah lagi van M Shaktival, 19, kini dalam keadaan kritikal dan rakannya Khisenthiran, 19, juga dilaporkan parah. Kedua-duanya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sembilan penumpang van yang dipandu Mohd Azlan dilaporkan cedera di muka, kaki dan kepala.

Mereka ialah Khairudin Abd Aziz, 39, dari Seberang Tuan Chik, Kuala Terengganu; Izran Sudin, 48, dari Kampung Tengah, Kerteh, Kemaman manakala Mohd Hafsham Musa, 22, Alias Mohamad 25, Mohd Asri Yunus, 25, Ismail Mohamad Nor, 35, Mohd Faizal Yunus, 29, Amran Mohamad, 38 dan Mohd Yusri Yusof, 29, semuanya berasal dari FELDA Kerteh 6.


“Sebuah van tiba-tiba meluru ke arah van kami, dia (allahyarham) yang memandu van hanya sempat sebut perkataan ALLAH, lepas itu senyap.

"Sedar-sedar saya dikeluarkan orang awam, manakala allahyarham masih tersepit dalam van yang remuk itu, saya tak tahu bagaimana keadaannya kerana dia sudah tidak bergerak," kata Mohamad Sudin, 48, salah seorang mangsa yang terselamat selepas van dinaiki bersama sembilan lagi rakan terlibat kemalangan, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam di Kilometer 101 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan sebuah pasar raya di Kampung Cacar, Paka.

Mohamad berkata, ketika kejadian, dia bersama sembilan rakannya dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas makan di sebuah warung berdekatan.

Katanya, tiba di lokasi, sebuah van dari arah bertentangan tiba-tiba masuk ke laluan mereka dipercayai terbabas, lalu menghempap van dinaikinya.

Akibat rempuhan kuat itu, van membawa 10 pekerja sebuah syarikat petrokimia itu remuk teruk pada bahagian hadapan menyebabkan pemandu, Mohd Azlan Razali, 25, tersepit dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Mohamad, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan rakan lain sempat berbual ketika menjamah makanan dan Mohd Azlan dikatakan kelihatan amat ceria.

“Kami baru sahaja makan bersama, tak sangka pula dia pergi sekelip mata, lagipun masa kemalangan itu berlaku, dia sedang bercakap hal kerja,” katanya.


Arwah hasrat tamatkan zaman bujang

Sementara itu, ibu Mohd Azlan, Noriah Dollah, 48, berkata, kali terakhir dia menemui anak kedua daripada lima beradik itu pada jam 7.30 malam di rumahnya di Felda Kerteh Enam sebelum allahyarham ke tempat kerjanya.

Menurutnya, Mohd Azlan yang bekerja syif malam memang seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.

Kata Noriah, anaknya sebelum ini berhasrat menyimpan wang gajinya untuk persiapan menamatkan zaman bujangnya.

“Mak cik rasa tidak percaya dia sudah tiada, tapi sebagai hamba-Nya, mak cik reda,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat sebelum jenazah dibawa pulang ke kampungnya di Felda Kerteh Enam, Ketengah Jaya.

Sementara mangsa lain yang turut cedera ialah Khairuddin Abdul Aziz, 39, Izran Sudin, 48, Mohd Hafsham Musa, 22, Alias Mohamad, 25, Mohd Asri Yunus, 25, Mohd Faizal Yunus, 25, Amran Mohamad, 38, dan Mohd Yusri Yusof, 29.

Pemandu sebuah lagi van, Shaktival Mohan, 19, dan rakannya yang duduk di hadapan, Khisenthiran dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kejadian dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/makan-bersama-terakhir-sebelum-kemalangan-1.208248
hmetro.com.my/myMetro/articles/Suratantakdirvanbertembung/Article/index_html
nst.com.my/nation/general/van-driver-killed-11-injured-in-collision-1.368070



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my