loading...

Saturday, October 5, 2013

Kepala digilis bas sekolah



5 Oktober 2013
Georgetown: Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Jalan Mahsuri, Bayan Baru, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, M Ravinderan, 50, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala akibat digilis tayar belakang bas berkenaan.


Mangsa yang juga operator kilang di Bayan Lepas dalam perjalanan ke rumah sewanya di Farlim dan ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan tidak dapat mengawal motosikal sebaik melihat bas terbabit membelok ke kanan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, mangsa melanggar bas berkenaan yang datang dari arah bertentangan dan sedang membelok untuk masuk ke kanan.


Katanya, mangsa terbabas dan terjatuh sebelum digilis tayar bas berkenaan.


“Pemandu bas itu gagal mengelak mangsa sehingga mangsa terseret beberapa meter dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat manakala pemandu bas dipanggil memberi keterangan,” katanya.

Mohd Hatta berkata, kes itu disiasat mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Kepaladigilisbassekolah/Article/index_html




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my