loading...

Tuesday, October 1, 2013

Lemas terjunam dalam parit



Inalillahi wainailaihi rojiun

1 Oktober 2013
LEDANG - Seorang lelaki mati lemas selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam parit sedalam hampir tujuh meter di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, semalam.


Mangsa, Mohd Fauzi Jamal, 34, dari Kampung Parit Kassan Bukit Gambir maut di tempat kejadian kerana terperangkap dalam kereta Honda Civic miliknya yang terbalik dalam parit tersebut.

Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Ayuhan Alias berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi.

"Ia hanya disedari penduduk Felda itu setelah ternampak kereta berkenaan terapung dengan keempat-empat tayarnya ke atas, kira-kira jam 8 pagi," katanya.


Menurutnya, penduduk kampung kemudiannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir pada jam 9.30 pagi untuk bantuan kecemasan.

"Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang ketika itu masih berada di tempat duduk pemandu.

“Kita percaya mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya kerana tali pinggang keledar dilihat sudah dibuka,” katanya.

Katanya, penduduk hanya menghubungi bomba dan pusat kesihatan selepas usaha mencari mangsa yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke Bukit Gambir itu gagal.

Sementara itu, Ketua Polis Ledang, Superintenden Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/lemas-lepas-kereta-terjunam-dalam-parit-1.207269
hmetro.com.my/articles/Lemasterjunam//Article?HarianMetro



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my