loading...

Tuesday, October 1, 2013

Penunggang Motosikal Maut



1 Oktober 2013
BATU PAHAT - “Semasa pulang dari tempat kerja, tiba-tiba saya lihat sebuah kereta yang ingin keluar dari simpang dirempuh sebuah motosikal,” kata saksi kejadian yang hanya mahu dikenali Hidayat, 31.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin, di persimpangan Jalan Kapal Layar, Tongkang Pechah, di sini, mengakibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha, Tan Kok Ming, 35, maut akibat kecederaan parah pada kaki.

Mangsa dipercayai gagal mengelak sebuah kereta jenis Proton Iswara yang keluar dari persimpangan tersebut dan terlanggar bumper kenderaan terbabit.

Hidayat berkata, dia terkejut apabila terdengar bunyi rempuhan di persimpangan berkenaan, dan pada mulanya mengagak penunggang hanya cedera ringan.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan cuba membantu bersama penduduk setempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah di kaki disahkan meninggal dunia setelah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ ) 1987 dan maklumat daripada saksi diperlukan untuk membantu siasatan pasukan polis,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/penunggang-motosikal-maut-1.207363




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my