Saturday, October 5, 2013

Lori tayar rempuh treler



5 Oktober 2013
REMBAU – Pemandu dan kelindan lori nyaris maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di Kilometer 226.4, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat sini, malam kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, sebuah treler muatan simen dan cat yang dipandu di lorong paling perlahan dirempuh lori membawa muatan tayar yang dalam perjalanan dari Senawang ke Ayer Keroh.

Menurut pemandu treler, Abu Bakar Hassan, 53, dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat sebelum treler dipandunya terbabas ke kiri lalu melanggar tebing.

"Setelah treler saya rempuh tebing, badan saya secara tiba-tiba kaku dan tidak dapat bergerak. Kelindan terpaksa papah bawa saya keluar dari treler.

“Beberapa minit kemudian barulah badan saya kembali pulih dan saya mula rasa sakit dada. Ini kali pertama saya terlibat kemalangan sepanjang 15 tahun saya memandu treler ini," katanya.

Katan Abu Bakar, dia akan mengambil bekalan simen dan cat dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sekurang-kurangnya dua hari sekali.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, lori membawa muatan tayar merempuh bahagian belakang treler membawa muatan simen dan cat sehingga treler berkenaan terbabas ke kiri sebelum merempuh tebing.

“Susulan rempuhan itu, pemandu lori tayar, Jaffar Yaakob, 32, dan kelindannya, Yusri Yusuf, 32, yang mengalami kecederaan kaki dan badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut," katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lori-tayar-rempuh-treler-1.208630



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount