loading...
Tuesday, June 25, 2013
Maut ketika hantar adik kesekolah
Inalillahi wainailaihi rojiun
25 Jun 2013
KOTA BHARU - Rutin harian seorang pemuda, Mohd Zulfahmi Fauzi, 23, menghantar adiknya yang orang kurang upaya (OKU) ke sekolah bertukar tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Panchor, sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian yang berlaku pada jam 9.20 pagi itu terjadi apabila motosikal yang ditunggangi oleh Mohd Zulfahmi dipercayai terlanggar sebuah kereta.
“Akibat perlanggaran tersebut motosikalnya yang datang dari arah Sabak menghala ke Panchor hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Nur Iman Syahril, 15, mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Sementara itu, abang mangsa, Mohd Hafiz, 28, ketika ditemui di HUSM berkata, sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa yang merupakan anak ke ketiga daripada empat beradik itu dikatakan kelihatan gelisah dan tidak lena tidur.
Dia berkata, setiap hari Mohd Zulfahmi yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai aluminium di Cherang akan menghantar adik bongsunya itu ke Sekolah Menengah Panji sebelum ke tempat kerja.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/penunggang-motosikal-maut-1.175253
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment