loading...
Wednesday, May 29, 2013
Nyaris rentung bersama kereta
29 Mei 2013
BAGAN SERAI - Seorang pemandu terselamat daripada maut setelah kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum meletup dan terbakar di Kilometer 187.1 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa, P Kamaraguru, 57, yang memandu kenderaan jenis Proton Saga BLM dari arah Kamunting menghala Pulau Pinang, dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah lorong kenderaan laju yang secara tiba-tiba menukar arah dan menyebabkan mangsa hilang kawalan.
Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa yang terkejut terbabas dan melanggar pengadang jalan sebelum kenderaan yang dipandunya terbakar.
“Bagaimanapun, mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan berjaya merangkak keluar dari kenderaannya sebelum ianya terbakar sepenuhnya.
“Pihak kami masih lagi menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar kejadian,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/pemandu-merangkak-keluar-daripada-kereta-1.165187
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment