loading...
Wednesday, May 29, 2013
Bas terbabas dalam longkang
29 Mei 2013
KLUANG - Seramai 27 penumpang bas ekspres dari arah Kuala Perlis - Johor Bahru berdepan detik cemas apabila bas dinaiki terbabas masuk ke dalam longkang di Kilometer 62.5 Lebuhraya Utara-Selatan, Machap-Johor, di sini, semalam.
Kejadian di lokasi kira-kira tiga kilometer sebelum sampai ke susur keluar tol Simpang Renggam arah selatan itu berlaku sekitar jam 8.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Abdul Majid Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian sekitar jam 9 pagi.
Menurutnya, bas ekspres terbabit dipercayai hilang kawalan disebabkan kecuaian pemandu.
“Polis akan buka kertas siasatan untuk menyiasat lebih terperinci berkaitan kejadian berkenaan.
”Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebabkan kecuaian.
“Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan pada penumpang, manakala pemandu bas hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi mengesahkan kejadian, semalam.
Sementara itu, pemandu bas yang hanya mahu dikenali sebagai Amran, 25, mengakui kejadian tersebut berlaku sekelip mata.
Dia yang baru bekerja selama enam bulan bersama syarikat berkenaan berkata, pandangannya menjadi gelap secara tiba-tiba ketika memandu sebelum tersedar bas yang dipandunya sudah menghala ke tepi pembahagi jalan.
“Dalam keadaan yang pantas saya cuba mengawal bas supaya kembali berada di laluan yang betul.
”Namun saya gagal untuk mengawalnya lalu terus meluncur laju masuk ke dalam longkang.
“Saya tetap bersyukur kerana semua penumpang dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/bas-masuk-longkang-1.164784
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment