loading...

Saturday, August 10, 2013

Tiga beranak maut di Jeli

Lans Koperal Wan Sabri Wan Hamat, 33, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Grik, Perak, isterinya, Nor Roslina Omar, 34 dan anak bongsu mereka, Wan Husna, lapan bulan maut kemalangan


Inalillahi wainailaihi rojiun

10 Ogos 2013
JELI: Tiga beranak termasuk bayi perempuan berusia lapan bulan maut, manakala seorang lagi cedera, selepas terbabit kemalangan di Kilometer 129.5 Lebuh Raya Timur Barat Jeli, berhampiran Hentian Damai, dekat sini, pagi tadi.



Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah anggota polis, Lans Koperal Wan Sabri Wan Hamat, 33, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Grik, Perak, isterinya, Nor Roslina Omar, 34 dan anak bongsu mereka, Wan Husna, lapan bulan.

Seorang lagi anak mangsa, Wan Nor Hakimah, 6, cedera dan kini dirawat di Hospital Jeli.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat hospital berkenaan apabila keluarga mangsa, antaranya bapa Wan Sabri, Wan Hamat Husin, 70 dan ibu, Napisah Hamzah, 64 berada di hospital untuk menuntut jenazah anak mereka.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar berkata, Wan Sabri dan keluarganya dalam perjalanan ke Grik, selepas menghabiskan cuti Aidilfitri di kampungnya di Kampung Changgai, Gaal, Pasir Puteh.


Katanya, kemalangan berlaku apabila Proton Wira dipandu Wan Sabri bertembung dengan sebuah treler dan kemalangan itu turut menyebabkan Wan Husna tercampak dari kereta.

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Tigaberanakmaut//Article
nst.com.my/top-news/couple-and-baby-killed-in-road-crash-1.335426


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my