loading...

Monday, August 5, 2013

4 saudara maut

kemalangan ngeri di Jalan Sidam Kiri-Kuala Ketil, Sidam


5 Ogos 2013
SUNGAI PETANI - Empat maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan ngeri di Jalan Sidam Kiri-Kuala Ketil, Sidam, kira-kira 5.40 petang semalam.

Difahamkan insiden berlaku apabila kenderaan yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian itu.

Kesemua mangsa maut adalah wanita termasuk kanak-kanak perempuan dikenali sebagai, Tan Sou Kim, 50; Tan Siew Chin@Doad Serni, 45; Ong Siew Yan, 40, dan Tan Jit May, 11.

Selain itu, seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Hou Guan Ting, 18, dari Jalan Pergam, Sungai Petani.

Kesemua mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari Sidam dan ingin pulang ke Sungai Petani.

4 saudara maut kemalangan ngeri


Berpusing beberapa kali

Kejadian dikatakan berlaku apabila kenderaan dipandu salah seorang wanita bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Akibat rempuhan kuat, kenderaan mangsa dipercayai berpusing dan bergesel beberapa kali menyebabkan kesemua empat wanita termasuk kanak-kanak dalam kenderaan terbabit maut di lokasi
kejadian.

Sementara itu, seorang saksi dikenali sebagai Arumugam, 40-an berkata, dia antara yang terawal sampai ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai saya dapati sudah ada ramai yang menyaksikan kejadian kemungkinan baru 10 minit ia berlaku. Ketika itu, saya nampak seorang lelaki meraung kesakitan dan meminta tolong.

“Beberapa individu yang berada di lokasi termasuk saya turut membantu mengeluarkan lelaki itu dari kenderaan terbabit kerana kakinya tersepit sebelum menunggu bantuan tiba,” katanya.

Ong Siew Ean, 62, Tan Sou Kim, 50, dan Tan Siew Chin @ Doad Serni, 45, serta Tan Jit May, 11, maut di tempat kejadian selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tanah.


Berlumuran darah

Arumugam berkata, ketika itu kesemua mangsa lain sudah berlumuran darah dan dipercayai sudah meninggal dunia.

Difahamkan, ada antara mangsa putus kepala manakala yang lain turut mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Ketua Bahagian Trafik, Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Ahmad Kamil Ahmad berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, keempat mayat mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik HSAH Sungai Petani untuk dibedah siasat.

kemalangan ngeri di Jalan Sidam Kiri-Kuala Ketil, Sidam

4 saudara maut termasuk kanak-kanak



kemalangan ngeri di Jalan Sidam Kiri-Kuala Ketil, Sidam, kereta rempuh lori

lori remuk rempuh kereta


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/4-maut-dalam-kemalangan-ngeri-1.190343
thestar.com.my/News/Nation/2013/08/05/Four-in-family-die-in-crash-One-hurt-when-car-collides-with-lorry-near-Sungai-Petani.aspx
astroawani.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my