loading...

Saturday, August 10, 2013

Remaja maut ke tempat kerja

S. Kumaran, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 maut

10 Ogos 2013
REMBAU – Seorang remaja maut dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Seremban-Tampin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, mangsa, S. Kumaran, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 maut di tempat kejadian sementara pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Toyota Corolla dikejarkan ke klinik swasta.

Ibu saudara mangsa, T. Selvi, 33, berkata, Kumaran merupakan anak sulung dari dua beradik dan dia bekerja di sebuah kilang di Senawang.

“Ayah mangsa, C. Sathiaseelan, 45, menyatakan anaknya itu seperti biasa keluar bekerja dari rumah mereka di Taman Koperasi KSNS, Chembong sekitar jam 6.30 pagi. Bagaimanapun, sekitar jam 7.20 pagi, ayahnya menerima panggilan menyatakan anaknya terbabit dalam kemalangan maut” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha 125 dari arah Rembau dan kereta jenis Toyota Corolla dari arah Seremban.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kereta dari arah Seremban hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa dari arah Rembau.

“Mangsa bersama motosikalnya tercampak ke dalam longkang dan maut di tempat kejadian.

“Manakala kereta yang terbabas turut terbalik ke dalam longkang beberapa meter dari lokasi motosikal mangsa, " katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mizam Md Dom mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-dalam-perjalanan-ke-tempat-kerja-1.190990



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my