loading...

Monday, August 5, 2013

5 kereta berlanggar

lima pemilik kereta terbabit dalam kemalangan di Jalan Tandop


5 Ogos 2013
ALOR SETAR - Malang tidak berbau apabila lima pemilik kereta terbabit dalam kemalangan di Jalan Tandop, dekat sini, kira-kira jam 8.45 malam kelmarin.

Difahamkan, ketika itu berlaku kesesakan lalu lintas dengan keadaan kenderaan bergerak perlahan dari selatan menuju ke arah utara Alor Setar.

Berada pada laluan sama, lima kereta terbabit berlanggar dari arah belakang antara satu sama lain.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kereta terbabit berada dalam satu barisan bahagian kanan jalan dan masing-masing bergerak perlahan.

Bagaimanapun, tiba-tiba salah sebuah kereta membrek secara mengejut menyebabkan kereta belakang merempuhnya.

“Kejadian berlaku dengan pantas. Saya sedang memandu turut terkejut dengan kejadian berkenaan tetapi tidak dapat lihat dengan jelas rempuhan itu.

“Saya tengok keadaan tiga kereta yang berada di belakang agak teruk berbanding dua kereta di hadapan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan pemandu membrek mengejut atau tertekan minyak tanpa sedar menjadikan kereta dirempuh dari arah belakang.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kita akan lihat semua laporan akan dibuat oleh kelima-lima pemandu terbabit.

“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kemalangan itu,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/lima-kenderaan-berlanggar-1.190342



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my