loading...

Saturday, August 10, 2013

Rendang Terakhir

Lokasi kemalangan jalan raya membabitkan Kamarudin di Kilometer 19, Jalan Parit Mastar-Parit Panjang


Inalillahi wainailaihi rojiun

10 Ogos 2013
PONTIAN - Dia langsung tidak menyangka kelakuan anak lelakinya yang bersungguh-sungguh menghabiskan rendang daging yang dimasaknya sebelum keluar untuk beraya bersama rakan menjadi petanda ajal.

Siti Aslina Umar, 47, berkata, sewaktu kejadian, dia berada di rumahnya di Kampung Seri Bunian, di sini, bersama lima anaknya dan melayan saudara yang datang menziarahi mereka sekeluarga pada pagi raya.

Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan seorang penduduk tidak lama selepas anaknya, Kamarudin Abd Haris, 16, terlibat dalam kemalangan di Jalan Pontian Benut, berhampiran Sungai Pinggan, di sini, pagi kelmarin.

Ibu tunggal itu berkata, anaknya sempat menikmati hidangan juadah raya yang dimasak bersama keluarga sebelum meminta maaf dan meminta izin untuk keluar bagi menziarahi rakannya.

“Arwah sangat ceria ketika itu dan saya tidak pernah lihat dia seceria dan bersemangat seperti itu sebelum ini.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia memang biasa keluar ke rumah rakannya pada pagi raya.

“Dia minta izin untuk keluar bersama rakannya, tapi tak beritahu arah ke mana hendak mereka tuju,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Sungai Bunyi, pagi semalam.

Bagaimanapun, Siti Aslina mengakui terkejut selepas dimaklumkan anak ketiga daripada enam beradik itu terlibat dalam kemalangan selepas kira-kira sejam keluar rumah iaitu sekitar jam 10 pagi.

Jelasnya, dia bersama anak yang lain segera ke tempat kejadian dan ketika itu, orang ramai sudah mengerumuni jenazah arwah anaknya yang ditutup dengan plastik hitam.

“Saya sempat melihat wajah anak saya buat kali terakhir di bilik mayat Hospital Pontian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan kejadian dan memberitahu kemalangan berlaku pada jam 11.30 pagi di kilometer 19, Jalan Parit Makasar-Parit Panjang.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal bersama seorang lagi rakannya hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan telah bertembung dengan sebuah kereta.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian badan dan kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya..

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/arwah-sempat-makan-rendang-1.190891




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my