loading...

Sunday, January 27, 2013

Penumpang maut tercampak keluar

Inalillahi wainailaihi rojiun

28 Januari 2013
HULU TERENGGANU - Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari pacuan empat roda dipandu rakannya setelah bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 406.6, Lebuh Raya Pantai Timur (laluan Ajil-Telemong), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.55 petang itu, mangsa, Huzaimi Mohd Zin, 34, berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang duduk di bahagian hadapan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu rakan mangsa yang berusia 20-an dari Kuala Terengganu dalam perjalanan dari arah Ajil menghala ke Telemong gagal memotong sebuah treler, sebaliknya, bergesel di bahagian belakang kiri treler berkenaan lalu hilang kawalan dan terbabas.

“Kenderaan dinaiki mangsa juga terbalik beberapa kali hingga menyebabkan mangsa tercampak keluar ke arah pembahagi jalan.

“Rakan mangsa yang cedera parah pula dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan di jalan raya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/maut-tercampak-dari-kenderaan-1.125783


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my