loading...
Saturday, August 31, 2013
Pembonceng maut bergesel bas
Inalillahi wainailaihi rojiun
1 September 2013
SEREMBAN - Seorang pekerja kilang daging burger maut selepas motosikal dinaikinya bergesel dengan sebuah bas di kilometer 265.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, pembonceng motosikal terbabit, Hazirah Sabarudin, 19, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa bersama teman lelakinya dipercayai dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Bandar Seremban Selatan.
“Namun sejurus sampai di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang teman lelakinya tiba-tiba hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah bas ekspres di lorong kecemasan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah pada bahagian kepala,” katanya.
Katanya, mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian manakala teman lelakinya yang berusia 23 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (untuk bedah siasat sebelum mayatnya dituntut ahli keluarga.
“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pejabat Polis Daerah Seremban (IPD) Seremban di talian 06-6014999 untuk membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu Ketua Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pekerja-kilang-maut-1.197557
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment