loading...

Sunday, June 9, 2013

Satu maut tujuh terselamat


Inalillahi wainailaihi rojiun

9 Jun 2013
SUNGAI DUA - Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan lori di persimpangan lampu isyarat Sungai Dua kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu, Asmadi Darus, 48, yang menunggang sendirian dari arah Sungai Dua menuju ke Sungai Lokan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian lain.

Insiden yang melibatkan ketiga-tiga kenderaan terbabit menyebabkan lori yang membawa muatan barangan itu kemudiannya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah rumah di tepi jalan.

Pegawai Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mohd Faizwan Che Amat berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 10.03 malam.

“Kaki pemandu lori, P Chalia, 40, tersepit selepas lori itu melanggar bahagian dapur rumah penduduk dan kami berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dalam masa yang singkat.

“Kesemua ahli keluarga yang sedang berada di dalam rumah tersebut terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kedua-duanya yang berketurunan Siam dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan,” katanya.

Sebanyak dua jentera digunakan dan 15 anggota yang ditugaskan dalam operasi menyelamat dan mayat dihantar ke HSJ untuk bedah siasat.



Kalau sudah ajal...

“Mulanya saya bersyukur kerana semua ahli keluarga sepupu dalam rumah yang dirempuh lori terselamat, tapi terkejut sebaik diberitahu bahawa seorang penunggang motosikal maut dan kebetulan mangsa itu sepupu saya,” kata Norfiza Ramli, 45.

Norfiza berkata demikian selepas kemalangan yang mengorbankan sepupunya, Asmadi Darus, 48, di susur masuk Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Dua, di sini, malam kelmarin.

Kemalangan itu dikatakan pelik kerana mangsa yang menunggang motosikal Modenas Karisma berhenti di lampu trafik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Lokan, tidak jauh dari tempat kejadian.

Sebuah lori membawa muatan sayur-sayuran dari arah Kepala Batas melalui susur keluar lebuh raya berkenaan dikatakan tidak berhenti dipercayai kerana menghadapi masalah brek lalu melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh mangsa yang berada antara dua kereta.

Tidak cukup dengan itu, lori berkenaan turut terbabas sebelum merempuh dapur rumah didiami keluarga Normah Zakaria, 53, menyebabkan pemandu dan kelindannya cedera akibat tersepit, tetapi semua ahli keluarga Normah terselamat.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lori-terbabas-rempuh-rumah-1.169101
http://www.hmetro.com.my/articles/2013060900420020130609004200/MA/Article


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my