loading...

Saturday, June 15, 2013

Dua lelaki maut rembuh treler muatan kayu



15 Jun 2013
GOMBAK - Dua lelaki maut dan tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan sebuah treler muatan kayu di Kilometer 30.3, Lebuhraya Karak, awal pagi kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, kereta dinaiki tiga lelaki dewasa, seorang wanita dan bayi dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai urusan kerja di Kelantan.

K Rajkumaran, 32, dan seorang warga Myanmar memegang kad UNCHR, Salim Burhanuddin, 57, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang mengalami kecederaan termasuk isteri Salim dihantar ke Hospital Selayang oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk rawatan lanjut.

Sumber polis berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu rakan Rajkumaran hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler.

“Rempuhan kuat menyebabkan Rajkumaran yang duduk di kerusi hadapan penumpang dan Salim yang duduk di belakang maut di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Polis sudah merakam percakapan pemandu treler dan masih dalam proses mendapatkan kenyataan daripada pemandu Proton Wira,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu treler tidak mengalami kecederaan serius.






Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM450 Lebuhraya Utara-Selatan dari Sungai Buloh menghala utara jam 1.45 pagi.

Mangsa, Lim Ket Wee, 41, cedera parah dan mati sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Empat kenderaan termasuk sebuah lori terbabas dan mengalami kemalangan akibat gagal mengelak dan ada di antaranya memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan kejadian.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dua-maut-rempuh-treler-1.171642
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Ibu_Dan_Bayi_Antara_Tiga_Yang_Terselamat.html




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my