loading...

Wednesday, June 12, 2013

Anggota polis trafik tercampak 3 meter


12 Jun 2013
BATU PAHAT – Seorang anggota trafik cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 24, Jalan Kluang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Lans Koperal, Mohd Firdaus Anuar, 24, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam tugasan mengiringi puteri Sultan Johor, Tunku Aminah Sultan Ibrahim telah merempuh sebuah pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selepas tercampak beberapa meter dari motosikal ditunggangnya.

Menurutnya, mangsa memasang siren kerana masih dalam tugasan walaupun sudah selesai mengiringi Tunku Aminah yang menghadiri satu majlis di daerah ini.

“Anggota saya itu gagal mengelak sebuah pacuan empat roda yang tiba-tiba sahaja keluar dari lorong Kampung Parit Londang Laut sedangkan mangsa dari arah Ayer Hitam menuju ke Batu Pahat.

“Selepas merempuh pacuan empat roda jenis Nissan itu, mangsa tercampak kira-kira tiga meter.

“Mangsa kemudian menerima bantuan daripada anggota lain yang turut sama berada di tempat kejadian selepas pulang mengiringi kerabat diraja,” katanya.

Din berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu pacuan empat roda terbabit telah diambil keterangan untuk membantu siasatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/nahas-selepas-pulang-iringi-puteri-sultan-johor-1.170202




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my