loading...

Wednesday, June 12, 2013

Kakak digilis lori depan mata



Inalillahi wainailaihi rojiun

12 Jun 2013
PENAMPANG: Seorang wanita maut dalam keadaan mengerikan apabila motosikal yang dinaikinya digilis lori 10 tan dengan muatan kontena dalam kejadian di Kilometer 21, Jalan Kota Kinabalu-Papar, dekat sini, hari ini.

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang adik apabila melihat 
kakaknya digilis lori kontena 10 tan di depan mata

Lebih memilukan kejadian itu turut disaksikan adiknya yang ketika itu menunggang motosikal yang dinaiki mangsa, namun adik mangsa bernasib baik apabila hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa Samsidar Samaruddin, 21, yang berasal dari Kampung Andus Papar, dekat sini, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di seluruh badannya.

Berikutan kejadian itu, serpihan tubuh dan kepala mangsa yang berselerak di atas jalan terpaksa dikutip oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu serta dibantu ahli keluarga mangsa.




Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, siasatan awal mendapati mangsa menaiki motosikal yang ditunggang adik lelakinya berusia 20 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah Papar menuju ke pusat bandar raya.


"Manakala, lori 10 tan dipercayai dari arah Jalan Papar Lama menuju ke pusat bandar raya dan sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal berkenaan dipercayai bergesel dengan lori kontena itu.

"Berikutan kejadian itu, pembonceng (mangsa) terjatuh daripada motosikal sebelum digilis lori kontena berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ratan berkata, mangsa yang cedera parah di badan dan kepala dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penunggang motosikal yang juga adik kepada mangsa hanya cedera ringan dan pemandu lori kontena tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kini dihantar ke bilik mayat di HQE untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitamautdigilislori//Article
http://www.theborneopost.com/2013/06/13/wanita-terbunuh-setelah-kepala-digilis-lori-kontena/




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount