loading...

Monday, June 10, 2013

Maut bertembung pacuan empat roda



Inalillahi wainailaihi rojiun

10 Jun 2013
MARANG - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, dekat Pulau Kerengga di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, mangsa, Muhammad Hafizullah Muhd Yashim, 20, yang menetap di Taman Rahmat, Pulau Kerengga di sini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu, manakala kenderaan pacuan empat roda pula dari arah Bandar Marang menghala ke Dungun.

Siasatan awal polis mendapati, kemalangan itu berlaku apabila mangsa memotong kanan jalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat, sementara pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kemalangan itu masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/maut-bertembung-pacuan-empat-roda-1.169318




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my