loading...

Thursday, June 13, 2013

Kancil berpusing



13 Jun 2013
Kuantan: “Saya seperti sedang melihat rakaman filem apabila Perodua Kancil itu terbalik dan berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebatang tiang elektrik di tepi jalan,” kata seorang lelaki, Mohamad Izwan Bakar, 32, yang melihat sendiri sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua beranak terbalik jam 5.30 petang, kelmarin.

Bagaimanapun dalam kejadian di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan itu, penumpang hadapan, Cheng En Thean, 53, cedera di kepala manakala anak perempuannya yang memandu kereta terbabit, Cheng May Song, 25, cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Mengimbas detik sebelum kejadian, Mohamad Izwan berkata, dia yang menunggang motosikal terpaksa berhenti di tepi jalan berikutan cuaca buruk disertai angin kencang yang melanda kawasan berkenaan.

Menurutnya, ketika sedang menunggu keadaan reda, dia terdengar bunyi brek kenderaan sebelum ternampak sebuah Perodua Kancil terhuyung-hayang dan terbalik atas permukaan jalan.

Katanya, kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan hanya berhenti selepas melanggar sebatang tiang elektrik di tepi jalan.

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/articles/Berpusinglanggartiang//Article



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my